Siapa saja yang tak kenal dengan adik selebriti terkenal Neelofa iaitu Ameera Khan yang juga merupakan seorang model dan pempengaruh di Instagram yang sering diselumbungi dengan kontroversi hangat.
Baru-baru ini, sekali lagi dirinya menjadi topik utama para warganet dengan cara pemakaiannya memperagakan satu jenama antarabangsa iaitu kolabarasi antara Fendi dan Versace.
Di dalam foto yang dimuat naik, Ameera kelihatan memakaii dress labuh, namun boleh dikatakan agak ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badannya.
View this post on Instagram
Oleh kerana sebelum ini pernah ditegur oleh netizen mengenai cara pemakaiannya, jadi tidak terkejut jika sekali lagi dirinya dikecam kerana memakai pakaian seperti itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meninggalkan komen berunsur kecaman serta bertanyakan sama ada gadis tersebut masih berhijab ataupun tidak.
Sekadar info, Ameera juga dikenali sebagai salah seorang usahawan berjaya dan mempunyai perniagaan di bawah jenamanya sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.