Tuduhan Tidak Masuk Akal! – Neelofa Nafi Dakwaan Jadi Punca Keretakan Rumah Tangga Kakak

Hiburan

Tuduhan Tidak Masuk Akal! – Neelofa Nafi Dakwaan Jadi Punca Keretakan Rumah Tangga Kakak

Pergolakkan rumah tangga pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sedang hangat diperkatakan. Mereka sering kali memuat naik status luahan hati yang sedih di akaun Instagram masing-masing.

Advertisement

Baru-baru ini, ada pula pihak yang mendakwa melihat pasangan ini mendapatkan khidmat kaunseling di pejabat agama. Bukan itu sahaja, nama Neelofa pula turut terkait sebagai punca keretakan rumah tangga kakaknya.

Bagaimanapun, Neelofa  menafikan khabar angin itu dan meyifatkan tuduhan dirinya menjadi pencetus kemelut rumah tangga kakaknya sebagai tidak masuk akal.

Saya sayang kakak saya, sayang anak saudara saya. Semua tuduhan itu tidak masuk akal.

Neelofa berharap semua pihak berhenti membuat sebarang spekulasi liar dan sebaliknya mendoakan kesejahteraan Sharnaaz dan Nabila. Terus memberikan sokongan kepada pasangan itu meskipun apa jua yang sedang dihadapi mereka berdua.

Terdahulu, Neelofa dikaitkan dalam kemelut rumah tangga kakaknya selepas meninggalkan komen pada satu muat naik Nabila di Instagram yang didakwa ditujukan buat Sharnaaz.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...