Tuduhan Merogol, Pendakwah Selebriti Ditahan Polis Untuk Bantu Siasatan

Hiburan

Tuduhan Merogol, Pendakwah Selebriti Ditahan Polis Untuk Bantu Siasatan

Tular baru-baru ini di media sosial apabila seorang pendakwah selebriti telah didakwa merogol seorang gadis. Susulan daripada itu, pendakwah yang mula dikenali setelah menyertai sebuah program televisyen berunsurkan dakwah itu telah membuat laporan polis untuk mempertahankan diri.

Semalam dilaporkan bahawa pendakwah bebas dan juga penyanyi itu telah ditahan polis malam tadi untuk membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis yang berlaku pada tahun lalu.

Advertisement

Suspek yang berusia 25 tahun itu telah ditahan jam 11 malam semalam selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah alam.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek telah ditahan selepas mangsa tampil membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan jam 7.18 malam tadi.

“Berdasarkan laporan mangsa yang berusia 23 tahun, dia dipercayai keluar dengan suspek yang dikenali menerusi Instagram kira-kira 8 malam, 11 September yang lalu. Mangsa dikatakan menaiki kereta BMW untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam. Suspek kemudian dipercayai membawa mangsa makan di kedai makan di Batu 3, Shah Alam dan kemudian membawa mangsa ke rumahnya di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan berhubung bagaimana hendak pulih daripada penyakit kemurungan.”

Mangsa turut mendakwa dirinya dirogol dan tidak berdaya untuk melawan serta tidak tahu untuk keluar dari tempat terbabit. Malah, suspek telah memberi amaran kepada mangsa untuk merahsiakan perkara itu serta akan memantau mangsa daripada jauh.

Difahamkan, gadis tersebut mengalami tekanan perasaan yang teruk dan kemudian dimasukkan ke Hospital Kajang serta dirujuk ke pusat psikiatri dan memerlukan rawatan susulan pada 23 September tahun lalu.

Suspek akan direman hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...