November 15th, 2016

Disebalik kemeriahan majlis pernikahan Amar Baharin dan Amyra Rosli timbul pula cerita kurang enak apabila ada netizen mendakwa kek pada majlis akad nikah itu sudah berulat  serta tidak boleh dimakan kerana mengambil masa yang lama untuk dibuat.  Semuanya gara-gara artikel sebuah portal yang mencetuskan salah faham berkenaan.

Pembuat kek, Anne Idris memberitahu kek tersebut dibuat pada 10 November sehari sebelum majlis raja sehari Amar dan Amyra. Anne menggunakan bahan berkualiti yang membuatkan kek berkenaan bertahan lebih lama.

Saya terkilan ada komen-komen negetif mengatakan kek tersebut sudah berulat kerana dibuat sebulan lalu seperti viral di laman sosial. Blog-blog yang menviralkan tentang kek tersebut tidak bertanya kepada saya terlebih dahulu. Sebulan yang saya maksudkan ialah persiapan untuk hiasan kek kerana saya perlu buat hiasan rama-rama bertatahkan batu swarovski.

Untuk sebiji kek ia mempunyai kira-kira 11,000 biji batu swarovski jenis paling mahal dan ia bukan senang untuk dilekatkan.

Anne menggunakan bahan daripada American chocolate yang boleh bertahan lebih dua minggu jika disimpan dengan baik.

Kek begitu cantik memang rasa sayang nak makan, ada pelanggan saya sebelum ini makan kek itu selepas dua minggu dan ia disimpan dengan baik dalam peti ais.

Sebab itu saya akan menggunakan bahan-bahan yang mahal dan boleh bertahan lama supaya ia boleh dimakan selepas selesai majlis.

Berbicara mengenai khabar angin yang mengatakan harga kek tersebut yang mencecah ribuan ringgit, Anne bagaimanapun tidak mahu mendedahkan harga sebenar kepada umum. Kek itu bukanlah ditaja kepada pasangan berkenaan sepenuhnya tetapi dia mempunyai perjanjian tertentu dengan pihak pengantin.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...