Dikatakan sebagai dalang dalam penyebaran foto bogel Atikah Suhaime dan Idris Khan, Ammar Alfian nampaknya sudah tidak dapat menahan sabarnya lagi dan ingin mempertahankan dirinya.
Terdahulu, Idris menerusi kenyataan di H Live sebelum ini memberitahu ia perbuatan “musuh dalam selimut†dan ia seolah-olah ditujukan buat Ammar.
Menurut Ammar beliau pada awalnya tidak mahu ambil pusing akan perkara berkenaan atas nasihat isterinya, tetapi perkara sudah menjadi lebih teruk dan beliau dihukum tanpa sebab.
Saya memberitahu isteri, ramai orang suka menjatuhkan hukuman sekiranya seseorang berdiam diri apabila dikaitkan dengan sesuatu isu. Justeru saya tampil mendedahkan tuduhan yang dilemparkan Idris kepada saya.
Ikutkan saya tak nak mencampuri urusan mereka tetapi disebabkan kenyataan Idris mengatakan apa yang berlaku berpunca daripada ‘musuh dalam selimut’, saya tak boleh duduk diam. Saya perlu mempertahankan diri saya.
Pada masa yang sama, Ammar meluahkan rasa syukur kerana isterinya, Nelissa tidak terkejut ataupun melatah ketika mendengar gosip penyebaran foto bogel berkenaan.
Jelas Ammar, sebelum berkahwin beliau sudah berterus-terang tentang perangai beliau kepada isterinya.
Sebelum berkahwin lagi saya sudah bercerita kepada isteri perangai dan gaya hidup saya dari A sampai Z. Bukan apa, saya tidak mahu menipu atau menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan dia dan keluarganya. Pendek kata saya berjanji menjadi lebih baik.
Perkara yang dikongsi termasuk gosip mengatakan saya memiliki video seks bersama Idris dan Atikah. Jadi apabila dia dapat tahu timbul cerita lain berkenaan gambar bogel, dia tak terkejut.
Cuma dia bertanya kenapa saya pula yang dituduh sedangkan gambar itu memaparkan Idris dan Atikah? Dalam perkara ini dia sangat terbuka kerana sudah tahu saya macam mana.
Bagus Ammar, kalau tidak bersalah, teruskan berjuang untuk bersihkan nama anda. Berani kerana benar, takut kerana salah. Maaf kami katakan, melihat daripada kenyataan Ammar yang mengatakan Idris menuduh beliau menyebar foto bogel berkenaan, ia menunjukkan bahawa foto itu memang wujud bukan? Hmmmph..