Tuduhan ‘Hutang’ Duit Faraid, Anak Sulung Pengasas Dnars Akan Lawan Bapa Tiri Di Mahkamah – “Jangan Langkau Syariat Agama”

Trending

Tuduhan ‘Hutang’ Duit Faraid, Anak Sulung Pengasas Dnars Akan Lawan Bapa Tiri Di Mahkamah – “Jangan Langkau Syariat Agama”

Anak sulung pengasas Dnars, Allahyarham Faziani Rohban iaitu Iqbar Hakim menegaskan dia akan membantu dan menyokong bapa saudaranya untuk memfailkan saman RM10 juta.

Menerusi Threads, Iqbar berkata dia akan melakukan tindakan tersebut sekiranya tuduhan terhadap keluarga mereka daripada pihak di sana berlanjutan.

Advertisement

Sebagai anak sulung, saya akan membantu dan menyokong sepenuhnya Faizul Rohban dan Faisal Rohban dari semua sudut.

keluarga arwah Faziani Rohban

Tambah Iqbar, harta faraid bukanlah hak sesiapa selagi urusan tersebut tidak selesai dan dia turut memberi pesanan kepada pihak sebelah sana untuk tidak ‘langgar’ hukum agama.

Harta faraid bukan hak mana-mana individu sepenuhnya selagi dalam perbicaraan atau pengiraan belum selesai. Jangan langkau syariat agama.

 

View on Threads

 

Nampaknya isu faraid keluarga Allahyarham semakin berlarutan dan anak-anaknya tekad untuk melawan bapa tiri mereka berhubung wang berjumlah RM1.3 juta yang diambil lelaki itu dari peti biasa selepas kematian arwah.

Terdahulu, Ahmad Rizal mendakwa tidak mendapat sebarang surat dari mahkamah berhubung arahan untuk memulangkan semula wang terbabit.

Pada masa sama, dia juga mendakwa pihak defendan iaitu adik-beradik pengasas Dnars turut berhutang wang faraid bernilai RM3.2 juta. anak sulung arwah Faziani Rohban anak sulung arwah Faziani Rohban

anak pengasas dnars
2025-09-22 13:47:39

"Perintah Mahkamah RM1.3 Juta Pun Dia Tipu, Macam Mana Aku Nak Percaya Insiden Mummy Mati Kemalangan Biasa?" - Anak Pengasas Dnars

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...