Seorang individu dipercayai berasal dari Indonesia berang dengan aktres Nabila Huda dan menuduhnya sebagai pencuri budaya Indonesia.
Menerusi Twitter, Nabila atau Abil memuat naik gambar mempamerkan tangkap layar hantaran daripada individu terbabit yang turut menuduh aktres tersebut sebagai ‘kaki claim’.
Bukan itu sahaja, individu tersebut turut membuat ugutan untuk menculik anak pelakon filem Munafik tersebut, Keisha Laila jika Abil berterusan ‘claim’ tentang budaya Indonesia.
Boleh sesiapa tolong reply kan? pic.twitter.com/VeG4T0P33o
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) November 18, 2023
Individu berkenaan bagaimanapun menetapkan profilnya dalam mood privasi namun rata-rata netizen Malaysia menganggap dia hanya mahukan perhatian atau menambah pengikut.
Bagaimanapun, segelintir warganet menyarankan agar aktres berusia 38 tahun itu membuat laporan polis berhubung ugutan menculik tersebut.
Dah kenapa dia ni, aduhai. Boleh buat laporan Abil untuk keselamatan.
Seperti yang kita tahu, kebelakangan ini Abil kerap menggayakan baju kebaya tradisional atas tuntutan dan promosi kerja.
Malah, Abil turut terlibat sebagai pelakon dalam pementasan teater baru-baru ini membawa watak Nyai Sunarti dan memakai pakaian tradisional.
Mungkin hal tersebut yang dimaksudkan individu dari Indonesia tu kot?