Tuduh Pekerja Hilangkan Dokumen, Majikan ‘Naik Hantu’ Tarik Tudung & Halau Pekerja Keluar Dari Pejabat

Kehidupan

Tuduh Pekerja Hilangkan Dokumen, Majikan ‘Naik Hantu’ Tarik Tudung & Halau Pekerja Keluar Dari Pejabat

Baru-baru ini, tular satu video yang telah mendapat perhatian netizen kerana rata-rata berasa bengang melihat rakaman tindakan individu yang dipercayai seorang majikan telah mengasari pekerjanya secara fizikal.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi X, ia memaparkan majikan itu berjalan ke meja pekerjanya sebelum mengasarinya dengan cuba untuk memukulnya berkali-kali.

Advertisement

Suasana menjadi bertambah tegang apabila pekerja itu cuba untuk mempertahankan dirinya daripada sikap baran majikan yang dilihat cuba menarik tudung pekerja itu.

Difahamkan, mangsa sudah membuat laporan polis berikutan dengan insiden tersebut.

Menerusi laporan polis yang dibuat, ia berpunca daripada perselisihan faham dengan majikan yang menuduh dirinya menghilangkan dokumen sekolah sedangkan mangsa yang dikenali sebagai Safwah itu tidak menerima apa-apa dokumen tersebut.

Dalam laporan polis yang sama, dia memberitahu majikannya telah menarik bajunya secara kasar untuk menghalau dia keluar dari pejabat.

report polis

Malah, majikan itu dikatakan menyentuh bahu, leher dan menarik tangannya untuk mengeluarkan dia dari meja.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen marah melihat tindakan majikan tersebut, bahkan ada yang dikatakan seorang peguam ingin menawarkan diri untuk membantu wanita tersebut.

komen twitter komen twitter

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

manjoi gadget
6 days ago

Gara-Gara Lupa Padam Rakaman CCTV, Tular Insiden Majikan Kedai Gadjet Di Perak Herdik Pekerja Secara Melampau

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...