Tuduh Jururawat Maut Sebab Pakai Mask Bawah Hidung, Individu Ini Dikecam

Trending

Tuduh Jururawat Maut Sebab Pakai Mask Bawah Hidung, Individu Ini Dikecam

Jururawat sarat hamil tujuh bulan, Siti Aishah, meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19 daripada salah seorang pesakit yang menerima rawatan di wad. Lebih menyedihkan apabila anak yang dikandung juga tidak dapat diselamatkan.

Di twitter, seorang gadis yang dipercayai sepupu Siti Aishah berkongsikan berita sedih mengenai kehilangan tersebut. Arwah dan anak tidak dapat pulang ke Negeri Sembilan dan dikebumikan di Labuan, Sabah.

Advertisement

Dalam kesedihan tersebut, timbul pula tuduhan arwah dijangkiti wabak kerana memakai pelitup muka di bawah hidung. Individu tidak bertanggungjawab tersebut membuat andaian berdasarkan sekeping gambar yang dihantar arwah kepada keluarga.

Menafikan tuduhan yang dibuat, gadis yang dikenali sebagai El berkata sepanjang bertugas arwah sentiasa memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Advertisement

Difahamkan, individu berkenaan masih belum membuat sebarang permohonan maaf di atas tuduhan yang dilemparkan.

Sebaliknya, individu berkenaan menyaktif akaun selepas menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...