Tubuh Anakku Kurus Kering, Perangai Jadi Liar Dan Baran Gara-gara Makhluk Halus.

Trending

Tubuh Anakku Kurus Kering, Perangai Jadi Liar Dan Baran Gara-gara Makhluk Halus.

Selama ini aku hanya mendengar cerita kawan-kawan dan menonton aksi ‘mistik’ di dalam adegan drama atau filem di kaca TV. Tak sangka pula kali ini aku melalui berdepan dengan perkara sebegitu.

Advertisement

Memang aku tak pernah duga ia terjadi pada anak sulungku. Dia anak yang aktif, rajin namun sangat sensitif. Sejak kecil, Danial memang suka meneroka benda-benda baru.

Mainan yang paling dia ‘gila’ lego. Dari sekecil-kecil model lego sampai yang besar, semua dia nak beli. Rabak poket aku kalau lalu kedai mainan.

Tapi kerana dia juga rajin belajar, aku layankan je lah beli lego tu. Walau duit melayang, aku cakap tak pe lah mainan lego tu bantu anak jadi kreatif. Bak kata orang bijak pandai, sel-sel otak berhubung. Ha! Ha!

Sampai suatu hari, aku perasaan Danial yang suka berbual jadi pendiam.

Dia tak nak main dengan adik-adiknya. Aku perhatikan, balik dari sekolah Danial akan berkurung dalam bilik. Mula-mula aku fikir mungkin dia dah besar jadi nak privasi sebab rimas dengan adik-adik yang selalu ganggu dia.

Tapi perangai Danial makin pelik. Dia suka mengamuk dan menjerit-jerit. Masih nak sedapkan hati, aku fikir mungkin dia tension kot. Seminggu berlalu, perangai Danial semakin pelik. Bila aku tanya, dia diam je.

Histeria Dalam Van

Masa terus berlalu tapi Danial semakin memencilkan diri.

Badannya kurus kering, mata dah macam panda. Lebam dan hitam. Nak kata sakit, ok je. Selera makan pun tak berkurang. Tapi badan dia semakin melidi.

Hati aku rasa tak sedap, naluri keibuan memang kuat.

Aku sangat pasti ada yang tak kena dengan Danial. Benar telahan aku, guru kelasnya berkongsi cerita tentang Danial. Rupanya di sekolah, Danial tak nak masuk kelas. Dia menangis dan mengamuk, habis buku sekolah dikoyaknya.

Pernah sekali tu, Danial menyorok di bawah meja.

Dia tak nak berjumpa dengan orang. Sikap Danial yang pelik turut menimbulkan tanda tanya kepada guru dan pengurusan sekolah. Aku bertemu empat mata dengan guru kelas Danial.

Mula-mula kami ingat dia ada masalah di sekolah, mungkin kena buli atau takut dengan mana-mana cikgu. Rupanya tak, Danial ok sahaja. Malah guru kaunseling mengatakan Danial normal. Tiada sebarang tekanan yang mendesak.

Tertegur ‘Benda’ Di Sekolah

Lagi aku pening kepala.

Perangai pelik Danial aku cerita pada nenek. Dia sarankan aku berubat cara Islam. Aku temui ustaz untuk pulihkan Danial. Katanya ada ‘benda’ yang berkenan dengan Danial. ‘Benda’ ini nak berdamping dengan anak aku.

Ya Allah, meremang bulu roma aku.

Selepas berubat, Danial kembali ceria. Tapi hanya seminggu bertahan. Kalau dulu pendiam sekarang Danial jadi agresif, habis semua orang dipukul.

Aku pantau Danial di sekolah.

Satu hari aku lihat Danial bercakap seorang diri dan gelak-gelak di dalam kelas. Sedangkan semua kawan-kawannya sedang bersenam di padang sekolah. Ya Allah memang meremang bulu roma aku menyaksikan kejadian ini. Dia seperti sedang berbual dengan ‘seseorang’.

Pernah anak aku histeria dalam van sekolah.

Dia menggelupur macam dirasuk. Selepas kejadian itu, hampir setiap malam Danial mengigau dan menjerit ketika tidur. Sebagai ibu, memang aku tak senang duduk. Akhirnya aku ambil cuti panjang dan bawa Danial berubat. Aku bimbang keadaan Danial jadi lagi teruk.

Setiap malam aku berdoa agar anakku pulih.

Ustaz datang ke rumahku, dia ‘bersihkan’ rumah dan pagar rumah. Katanya ‘benda’ yang mahu berdamping dengan Danial ikut sampai ke rumah. Patutlah anak ketiga aku ketika itu yang masih kecil asyik menangis.

Ustaz mandikan Danial dengan air limau yang dibacakan surah tertentu.

Alhamdulillah, Danial beransur pulih. Danial kembali ceria, aktif dan tidak lagi mengamuk. Rupanya selama ini, Danial tak nak ke sekolah kerana ternampak benda itu bertenggek di kelasnya.

Kata ustaz, Danial tertegur ‘benda’ ini di sekolah. Kebetulan ‘benda’ ini suka dengan anak aku. Itu yang dia nak berdamping.

Syukur pada Allah, anakku pulih sepenuhnya.

Selepas peristiwa ini, aku semakin peka dengan perubahan Danial dan anak-anak yang lain. Aku juga berkongsi cerita dengan guru, rupanya memang ada kes-kes sebegini kerana ada tapak sekolah yang ‘keras’. Nasihat aku, kepada ibu bapa di luar sana jika anak menunjukkan perubahan yang pelik, cepat-cepat bawa berubat.

Tanda-tanda Gangguan ‘Mistik’

(Semua tanda-tanda ini dialami Danial dan ada juga yang berlaku pada aku dan suami)

1. Sering bermimpi buruk, meracau atau mengigau.

2. Berubah sikap menjadi pendiam.

3. Suka memencilkan diri.

4. Baran atau suka mengamuk.

5. Jatuh sakit.

6. Terdengar suara aneh di rumah atau sekitar rumah.

7. Tercium bau busuk

8. Anjing menyalak (rumah jiran depan pasangan Cina yang bela anjing. Masa Danial sakit, anjing asyik menyalak bila nampak Danial)

9. Aku dan suami kerap sakit kepala tanpa sebarang punca.

10. Bayi atau anak kecil menangis.

11. Rasa diri diperhati.

Cara Atasi

1. Berubat dengan ustaz dengan kaedah perubatan Islam.

2. Amalkan mandi limau nipis, ia dapat membuang unsur negatif.

3. Bagi salam setiap kali masuk ke rumah.

4. Jangan bagi anak main di luar rumah ketika waktu Maghrib, tutup semua pintu dan tingkap.

5. Pasang ayat al-Quran di rumah (surah Al-Baqarah dan ayat-ayat Ruqyah)

6. Solat di setiap bilik yang ada di rumah.

7. Pastikan rumah dimasuki cahaya pada siang hari, ‘benda halus’ suka rumah yang gelap.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...