“Tuanku Yang Minta Saya Ambilkan Gambar”, Raja Permaisuri Agong Jawab Teguran Netizen Di Twitter

Trending

“Tuanku Yang Minta Saya Ambilkan Gambar”, Raja Permaisuri Agong Jawab Teguran Netizen Di Twitter

Rasanya memang ramai yang cukup suka dengan keperibadian Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang begitu bersahaja di laman sosial nya. Bukan sahaja senang didekati malah Permaisuri Agong juga tidak cepat melatah apabila mendapat teguran dari rakyat.

Semasa sambutan kemerdekaan baru-baru ini, Raja Permaisuri Agong dilihat cukup teruja menyaksikan perarakan kemerdekaan sambil merakam gambar dengan telefon pintarnya. Namun ada pula yang menegur tingkah laku Raja Pemaisuri Agong yang dikatanya seperti ‘anak kecil’.

Advertisement

screenshot twitter
Walaupun tidak dapat dipastikan apa yang kelihatan seperti budak-budak, namun Raja Permaisuri Agong tidak cepat melatah sebaliknya hanya menjawab dengan baik sahaja.

“Tuanku yang meminta saya ambilkan gambar. Saya hanya mengikut arahan Tuanku. Terima kasih untuk komen anda.”

Ramai netizen yang turut memberikan sokongan kepada Raja Permaisuri Agong dan meminta supaya Raja Permaisuri Agong kekalkan personaliti yang cukup bersahaja di mata rakyat.

screenshot twitter
screenshot twitter
Komen daripada pemilik akaun tersebut tidak dapat dijumpai selepas beberapa jam dimuat naik. Ramai netizen yang percaya akaun tersebut adalah palsu dan sengaja ingin menimbulkan komen negatif.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...