Rasanya memang ramai yang cukup suka dengan keperibadian Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang begitu bersahaja di laman sosial nya. Bukan sahaja senang didekati malah Permaisuri Agong juga tidak cepat melatah apabila mendapat teguran dari rakyat.
Semasa sambutan kemerdekaan baru-baru ini, Raja Permaisuri Agong dilihat cukup teruja menyaksikan perarakan kemerdekaan sambil merakam gambar dengan telefon pintarnya. Namun ada pula yang menegur tingkah laku Raja Pemaisuri Agong yang dikatanya seperti ‘anak kecil’.
“Tuanku yang meminta saya ambilkan gambar. Saya hanya mengikut arahan Tuanku. Terima kasih untuk komen anda.”
Ramai netizen yang turut memberikan sokongan kepada Raja Permaisuri Agong dan meminta supaya Raja Permaisuri Agong kekalkan personaliti yang cukup bersahaja di mata rakyat.