Tuan Ziyad ‘Forbidden Love’ Antara 7 Novel Diharamkan Penerbitan, Cetus Gangguan Moral & Ketenteraman – KDN

Berita

Tuan Ziyad ‘Forbidden Love’ Antara 7 Novel Diharamkan Penerbitan, Cetus Gangguan Moral & Ketenteraman – KDN

Kerajaan telah menguatkuasakan larangan terhadap tujuh judul buku yang dikenal pasti mengandungi kandungan berpotensi merosakkan moral dan menggugat ketenteraman awam, memetik Buletin TV3.

Larangan tersebut diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 15, 16 dan 17 April lalu melalui Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Advertisement

kdn rampas

Menurut kenyataan KDN hari ini, antara buku yang diharamkan ialah Love, Theoretically, Tuan Ziyad: Forbidden Love, Darlingku Mr. Cold Mafia, Mischievous Killer, Suhuf Abraham, Kougar 2, dan The American Roommate Experiment.

Tindakan Perintah Larangan bawah Akta 301 ini merupakan satu langkah kawalan dan pencegahan awal sebelum berlakunya sebarang ancaman atau kemudaratan.

Tambah KDN, ia juga dapat memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahan bacaan yang tidak sesuai serta tidak diingini untuk bacaan umum.

Daripada tujuh karya yang dilarang, lima daripadanya dipercayai memberi pengaruh buruk terhadap moral pembaca, manakala Suhuf Abraham dikatakan berisiko mengganggu ketenteraman awam.

Mereka yang memiliki bahan terbitan larangan tanpa sebab munasabah boleh dikenakan denda hingga RM5,000 di bawah subseksyen 8(1).

Sementara itu, bagi kesalahan yang lebih berat seperti mengedar atau menjual, hukuman boleh melibatkan penjara hingga tiga tahun, denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya seperti termaktub dalam subseksyen 8(2).

KDN turut menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap penerbitan yang berpotensi menjejaskan kestabilan negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rafizi Ramli bersara dari dunia politik
5 days ago

Rafizi Ramli Luah Rasa Syukur & Kekecewaan Selepas Kalah Dalam Pemilihan, Umum Berehat Dari Medan Politik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...