Tuan Rumah Terkejut Penyewa Jual Perabot Tanpa Izin – “Alasan Nak Rumah ‘Minimalist’..”

Kehidupan

Tuan Rumah Terkejut Penyewa Jual Perabot Tanpa Izin – “Alasan Nak Rumah ‘Minimalist’..”

Seperti yang diketahui umum, ia menjadi satu tanggungjawab buat para penyewa untuk menjaga harta benda yang telah tersedia di dalam kediaman kerana ia merupakan hak milik orang lain.

Namun, baru-baru ini tular di TikTok mengenai perbuatan seorang penyewa yang bertindak menjual perabot pemilik asal rumah sewannya.

Advertisement

perabot rumah

Seorang pemilik rumah telah berkongsi kisah sedihnya dengan menceritakan tindakan penyewa yang telah menyusahkan dirinya.

Bagi sewa pada orang tau-tau dia pergi jual dining set kita. Then tukar dengan meja makan diorang beli sendiri dengan alasan nak rumah minimalist.

Difahamkan, dia terpaksa membatalkan hasratnya untuk menggantikan kerusi lamanya setelah mengetahui hal yang terjadi.

Dia turut memberitahu penyewa tersebut telah menjual set makan mejanya dengan harga yang tidak masuk akal iaitu sebanyak RM300 sedangkan dia membelinya dengan harga RM1,000.

penyewa jual perabot tuan rumah

 

Susulan itu, dia menegaskan bahawa dia bakal menolak cas deposit atas tindakan penyewa itu.

Saya tetap nak tolak cas deposit RM700. Sekarang dia nak minta discount RM500. Saya cakap ‘No’ sebab ini bukan pasal duit tapi pasal ‘jangan suka hati jual barang owner’.

Perkongsian ini telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengecam tindakan penyewa itu kerana menjual dekorasi kediaman tanpa meminta keizinan pemiliknya.

komen tiktok komen tiktok

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Penyewa Akui Trauma, Tidak Mahu Tinggal Di Putra Heights Lagi - "Kesan Kebakaran Tidak Masuk Akal.."
3 weeks ago

Penyewa Akui Trauma, Tidak Mahu Tinggal Di Putra Heights Lagi - "Kesan Kebakaran Tidak Masuk Akal.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...