“Tuan Kena Buat Lawatan Ke Sekolah..” – Anak Insaf Tak Main Telefon, Lawatan Ke Muzium Penjara Disyorkan Pada Ibu Bapa

Kehidupan

“Tuan Kena Buat Lawatan Ke Sekolah..” – Anak Insaf Tak Main Telefon, Lawatan Ke Muzium Penjara Disyorkan Pada Ibu Bapa

Kebelakangan ini sering kita lihat video yang dimuat naik di laman sosial tentang ibu bapa atau lawatan sekolah yang membawa anak-anak yang masih kecil ke Muzium Negara di Bandar Hilir, Melaka. Hal ini kerana ia dapat memberi pengajaran kepada mereka tentang jenayah dan hukuman kepada pesalah.

Demonstrasi hukuman

Kebanyakkan dari mereka akan sempat menonton demonstrasi hukuman yang dilakukan oleh satu seorang petugas di sana yang dikenali sebagai Tuan Nizar.

Advertisement

Lebih mengelikan hati apabila seorang individu yang merupakan pengunjung di sana berkongsi pengalaman anaknya yang menangis apabila disergah Tuan Nizar ini ketika memberi pengajaran kepada kanak-kanak yang sering bermain telefon bimbit.

Terima kasih tuan. Hari yang sepatutnya dia gembira nak melawat penjara menjadi hari yang pahit untuk ditelan sebab kena tegur dengan tuan.

 

Sekarang anak saya masih minta telefon tapi dia tengok dalam keadaan takut-takut. Bila kita minta telefon semula dia cepat-cepat bagi.

@roshamidaabdjamil  #muziumpenjaramelaka ♬ original sound – roshamidaabdjamil

Mendapat pujian

Bukan itu sahaja, rata-rata pengunjung yang pernah hadir menyaksikan demonstrasi itu turut memberi pujian kepada usaha pihak Jabatan Penjara Melaka kerana mengadakan program tersebut. Kata mereka, hal ini bukan sahaja dapat memberi pengajaran kepada si kecil tetapi juga kepada orang dewasa yang lebih cenderung terlibat dalam jenayah.

penjara

Untuk info, di Muzium Penjara Malaysia, Melaka ini juga menawarkan lawatan bagi melihat cara hidup seorang banduan serta sejarah dan info menarik yang lain dengan harga tiket yang rendah.

11 months ago

Menarik Sungguh! Kain Tenun Pahang Digayakan Oleh Permaisuri Agong Dibuat Di Penjara Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...