Betul kata orang, tidak semua manusia atas muka bumi ini mempunyai common sense. Seperti kisah yang dikongsi pengguna Facebook baru-baru ini di mana dia menceritakan tentang tetamu Airbnb miliknya.
Menerusi hantaran itu, dia memuat naik beberapa gambar yang menujukkan keadaan rumahnya sebelum dan selepas ia disewa oleh seorang customer selama 3 bulan.
Jelasnya, setiap bulan dia akan memberikan servis pembersihan kepada pelangganya itu dan pada kali pertama kerja membersihkan rumah, dia sempas menegur agar kebersihan sentiasa dijaga.
Namun, ketika tiba masa untuk checkout selepas tamat tempoh sewaan, dia kecewa melihat keadaan rumahnya yang bersepah dan kotor.
Sebelum check out kami ingatkan supaya tinggalkan rumah seperti keadaan asal. Tapi bila kami masuk untuk cleaning, keadaa sangat-sangat teruk.”
Boleh dilihat pada gambar yang dikongsi, rumah tersebut bersepah dengan sampah merata-rata, sisa makanan dibiarkan dalam sinki dan peti ais malah katanya sampah dan tuala wanita yang dah dipakai juga tidak dibuang.
Tambahnya pelanggan terbabit enggan membayar kos pembersihan dilakukan tetapi nasib baiklah hos Airbnb dilindungi dengan insurans jadi mereka dibayar oleh Airbnb selepas menunjukkan bukti gambar serta video.
Dalam pada itu dia sempat berpesan dan mengingatkan mereka yang membuat bisnes homestay agar mendaftar di Airbnb kerana dilindungi dengan insurans sebegini.
Kadang-kadang tetamu mengharapkan servis seperti hotel tapi bayaran nak murah seperti homestay. Inilah lumrah.”