Tular petang tadi sebuah video yang memaparkan penyanyi, Waris sedang ‘rap’ di sebuah majlis agama hingga membuatkan dirinya dikecam ramai.
Sedar akan kecaman yang diterima, penyanyi tersebut tidak berdiam diri dan membuat satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram sebentar tadi.
Menurutnya, video tersebut merupakan rakaman lama yang saja dimuat naik semula oleh individu yang memungkiri janji kerana ingin menjatuhkan reputasi beliau.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Waris turut meminta orang ramai agar berhati-hati dengan sebaran video-video viral yang ada dan minta untuk tidak mudah percaya.
Tambahannya lagi, sebab dirinya membuka mulut kerana tidak mahu netizen ditipu ‘hidup-hidup’ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Sekadar info, sekitar jam 2 petang tadi, tular sebuah video memaparkan Waris menyanyi rap di majlis agama dan kelihatan ustaz-ustaz di dalam majlis berkenaan tidak selesa ketika dia melakukan persembahan terbabit.