Pelakon bertubuh sasa, Ammar Alfian baru-baru ini ‘menjamu’ mata peminatnya di Instagram apabila dia memuat naik foto terbaru.
Tampil hanya berseluar pendek, Ammar dilihat menayang tubuh badannya yang kekar dan urat timbul sana-sini bak kata netizen.
Difahamkan, Ammar baru sahaja pulang dari melakukan senaman bersama jurulatih dan rakan-rakannya.
Mungkin enggan dihujani komen-komen nakal daripada netizen, Ammar bertindak untuk menutup ruangan komen foto-fotonya di Instagram.
Dia yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi bersama bekas isteri dilihat aktif bersukan dan melakukan aktiviti fizikal di gym seperti yang dipaparkan di media sosialnya.
Mungkin tengah ‘ready’ untuk filem terbaru kot?
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.