“Tu Sebab Dalam Islam Haram Menyerupai…” – Cik B Ditahan ‘Guard’, Was-Was Nak Bagi Masuk Tandas Perempuan

Trending

“Tu Sebab Dalam Islam Haram Menyerupai…” – Cik B Ditahan ‘Guard’, Was-Was Nak Bagi Masuk Tandas Perempuan

Seperti yang ramai ketahui, baru-baru ini Cik B membuat keputusan untuk memotong pendek rambutnya dan disebabkan penampilannya seperti seorang lelaki, seorang pengawal tersebut berasa curiga dengannya.

2 years ago

"Biar Dia Buat Apa Dia Suka" - DSV Tak Kisah Cik B Potong Rambut Macam Lelaki

Advertisement

Perkongsian usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida di Instagram semalam meraih perhatian ramai warganet selepas dia menceritakan tentang pengalaman anaknya, Cik B ditahan pengawal keselamatan.

Menerusi video tersebut, pengawal terbabit berasa was-was untuk membenarkan Cik B masuk ke tandas perempuan gara-gara penampilannya menyerupai lelaki.

Rakaman itu turut menunjukkan Cik B memaklumkan bahawa dia seorang perempuan dengan gaya lenggok tangan lemah lembut.

Meskipun sudah masuk ke dalam tandas, pengawal itu masih tidak yakin sehingga Vida sendiri perlu memaklumkan bahawa Cik B adalah anaknya dan merupakan seorang perempuan.

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan respon netizen yang mengkritik Vida kerana membenarkan anak perempuannya itu menyerupai lelaki.

Malah, rata-ratanya menekankan tentang hukum wanita menyerupai lelaki sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan seperti insiden itu.

Kalau orang tengok tu nampak macam lelaki juga, kira dah menyerupai lelaki lah. Pakai baju lelaki tu dah kenapa. Mana boleh orang perempuan pakai baju lelaki. Perangai macam tak belajar agama.”

Ramai turut menyebelahi pengawal keselamatan tersebut selepas melihat gaya penampilan Cik B langsung tidak nampak seperti seorang perempuan.

Segelintir individu mencadangkan agar Cik B memakai tudung bagi tidak menimbulkan kekeliruan apatah lagi ia melibatkan hukum dalam agama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...