Selepas mendedahkan diri hamil anak luar nikah, netizen berpakat mahu memboikot pelakon, Erika Carlina susulan berana kurang senang dengan kelakuannya.
Netizen gesa boikot Erika
Walaupun mendapat sokongan keluarga, pendedahan Erika kini sedang hamil anak luar nikah tidak mendapat sokongan atau komen positif daripada kalangan peminat.
Kebanyakkan peminat menyuarakan rasa kurang senang dan tidak puas hati kerana aktres terbabit secara terbuka mengakui hamil anak luar nikah dan merasakan hal itu perkara biasa.
View this post on Instagram
Jangan normalisasikan budaya hamil luar nikah
Kedua-dua mereka memang bersalah. Bukan tidak simpati, tetapi hamil luar nikah itu adalah pilihan sendiri. Jangan normalisasikan budaya ini. – netizen
Kalau netizen boleh boikot DJ Panda, kenapa tidak Erika sekali? Mereka sama-sama lakukan kesalahan. – netizen
Sekadar info, Erika sebelum ini membuat pendedahan bahawa dirinya sedang hamil anak luar nikah dan bakal melahirkan bayi tersebut pada bulan Ogos dan pada Isnin lalu, DJ Panda mengakui dirinya merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap anak yang dikandung pelakon terbabit/