August 26th, 2019

Adui. Netizen Malaysia ini memang kelakar. Tergelak Abang Nara dibuatnya membaca komen-komen di Instagram Neelofa. Mana tidaknya, fesyen yang digayakan oleh Neelofa untuk sebuah majalah telah menjadi perbualan hangat. Namun kita tidak boleh menyalahkan netizen kerana gaya Neelofa itu memang lain dari yang lain. Unik dan kebabom sungguh.

neelofa

Salah satu komen yang paling mencuit hati ialah “tu perahu ke?”. Hampir terburai perut Abang Nara membaca komen tersebut. Namun ramai juga yang memuji fesyen Neelofa dan menganggap selebriti itu sebagai seorang legend. Pakai apa pun nampak awesome.
neelofa
neelofa
neelofa

Sebelum itu, satu gambar yang dimuatnaik oleh Neelofa turut menjadi perbualan hangat. Satu komen yang menarik ialah “Lofa pakai kadbod pun cantik”. Kesimpulannya, gaya Neelofa memang akan menjadi tumpuan dan topik perbincangan oleh para netizen. Iyerlah, masing-masing menjadikan Neelofa sebagai idola.

neelofa

neelofa

neelofa

neelofa

Apa pun dinasihatkan kepada wanita-wanita di luar sana yang ingin meniru gaya Neelofa ini supaya mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu. Jangan tiru bulat-bulat. Kadangkala sesetengah fesyen tidak sesuai dengan kita, walaupun selebriti yang menggayakannya memang nampak memukau. Apa pendapat anda tentang fesyen Neelofa ini?


21 responses to ““Tu Perahu Ke?”, Fesyen Terkini Neelofa Jadi Bualan Netizen”

  1. Anonymous says:

    dulu Nora Danish buat tudung dgn zip org kutuk sekarang lopak buaat mcm badut dipuji sebab duit..
    nanti Fratzura buat tudung lagi berbintang pujian

  2. faraj says:

    Biasa lah …dh tua makin setengah tiang..!!!

  3. kelantit says:

    badut dan neelofa berpisah tiada

  4. Nak gelak says:

    Nak berfesyen sangat, jadi macam badut sarkas pulak

    • Alan says:

      Dah2 la lopak, blik dr haji tu xyh r nk fesyen pelik2. Bwk2 r fesyen yg muslimah bley ikut, dpt gak pahale. Umo pn x mude lg

    • Anonymous says:

      bosan baca komen yg setiap kali “sekurang2 nya dia lebih berjaya dari korang, dia lebih banyak duit dari korg, bla…bla..” lopa ke sajat ke semua si kipas akan reply gitu. tak boleh ditegur & dikecam jgn jadi selebriti.. buat kerja yg xde diexpose media.

    • Anonymous says:

      penjilat2 lofake ni ramai dr kelantanese… org kelantan nyer taksub kan lain mcm… asal dr neg serambi je pakai tudung benggali ker.. baju ketat tetek terjojol.. kaki nmpk sume bole haaa ckp jer asal kelantan sure diorg jilat2 abis…. cer nmpk ctdk yg dr pahang pakai cenggitu mau meroyan ustaz2 kelantan ceramah pasal aurat…
      tgk nara pun tau ayat jilat lain…

Loading...