Adui. Netizen Malaysia ini memang kelakar. Tergelak Abang Nara dibuatnya membaca komen-komen di Instagram Neelofa. Mana tidaknya, fesyen yang digayakan oleh Neelofa untuk sebuah majalah telah menjadi perbualan hangat. Namun kita tidak boleh menyalahkan netizen kerana gaya Neelofa itu memang lain dari yang lain. Unik dan kebabom sungguh.
Salah satu komen yang paling mencuit hati ialah “tu perahu ke?”. Hampir terburai perut Abang Nara membaca komen tersebut. Namun ramai juga yang memuji fesyen Neelofa dan menganggap selebriti itu sebagai seorang legend. Pakai apa pun nampak awesome.
Sebelum itu, satu gambar yang dimuatnaik oleh Neelofa turut menjadi perbualan hangat. Satu komen yang menarik ialah “Lofa pakai kadbod pun cantik”. Kesimpulannya, gaya Neelofa memang akan menjadi tumpuan dan topik perbincangan oleh para netizen. Iyerlah, masing-masing menjadikan Neelofa sebagai idola.
Apa pun dinasihatkan kepada wanita-wanita di luar sana yang ingin meniru gaya Neelofa ini supaya mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu. Jangan tiru bulat-bulat. Kadangkala sesetengah fesyen tidak sesuai dengan kita, walaupun selebriti yang menggayakannya memang nampak memukau. Apa pendapat anda tentang fesyen Neelofa ini?