Pelakon yang dikecam teruk disebabkan kontroversi babak panas, Zul Ariffin memuat naik gambar sedang beriadah di kota London baru-baru ini.
Anak kelahiran Taiping itu difahamkan kini berada di sana untuk bercuti selama beberapa hari.
Menerusi ‘posting’ di Instagram, pelakon berbadan sasa itu berkongsi beberapa gambar ketika dia sedang joging di kota tersebut.
Gambarnya mendapat perhatian pengikut dan peminatnya di Instagram kerana seluar yang dipakai menampakkan bentuk paha Zul.
Ramai netizen memuji Zul kerana tidak ‘skip leg day’ serta ada yang menjadikannya inspirasi dan meminta dia memuat naik video ketika ‘work out’.
Seorang netizen sempat berseloroh dan menyamakan paha Zul dengan ekzos motosikal. Ada pula yang berkata Zul adalah ‘the next Steve Rogers’ atau Captain America.