“Tu ‘Kembar’ Saya..” – Iqram Dinzly Nafi Diri Berpakaian Seksi Berlatarkan Alunan Selawat

Hiburan

“Tu ‘Kembar’ Saya..” – Iqram Dinzly Nafi Diri Berpakaian Seksi Berlatarkan Alunan Selawat

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang mencetuskan kecaman orang ramai buat pelakon Iqram Dinzly apabila dirinya berpakaian seksi sambil berlatarkan alunan selawat.

Akibat tersebar luas video berkenaan, pihak Harian Metro telah menemu bual Iqram untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai video terbabit.

Advertisement

Menurut pelakon tersebut, lelaki di dalam video itu bukanlah diri beliau, namun itu merupakan karakter Princess Iqy Dinzly dan tujuan ‘dia’ membuat video itu untuk netizen membuat keputusan sama ada mahu mendengar selawat ataupun melihat wanita seksi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Iqram Dinzlycious (@iqramdinzlycious)

Dalam pada masa yang sama, dia turut berkata video yang dipaparkan di TikTok secara langsung itu juga merupakan cara untuk menegur golongan transgender yang sudah semakin berani hari demi hari.

Selain itu, ia juga teguran untuk wanita-wanita bertudung yang umpama berbogel dengan pakaian yang ketat.

Iqram turut sempat menyeru semua pihak untuk memadam hantaran yang tidak senonoh di media sosial dan ambil keberkatan di atas bulan mulia ini.

Video tular itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan mereka turut merasakan Iqram seakan-akan mempersendakan agama Islam.

kantoi curang
2 years ago

(VIDEO) “Aku Tak Kira Allah Ke Apa..” - Kantoi Curang, Netizen Geram Si Suami Siap Gelak Sarkastik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...