September 23rd, 2020

Dilihat semakin cantik bergaya walaupun sudah berusia 40-an, namun foto terbaru yang dikongsi pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta di laman Instagramnya baru-baru ini telah menarik perhatian peminat khususnya kaum hawa.

“Tu Dia Eloknya Body Depa” - Macam Anak Dara, Bentuk Badan Che Ta Jadi Idaman Para Wanita

Menerusi posting tersebut, Che Ta dilihat menyarungkan pakaian menampakkan sedikit bahagian pingangnya yang  tertutup ketika hadir menyambut ulang tahun kelahiran rakan-rakannya dengan bertemakan rona merah jambu.

Seperti sudah dijangkan, entri yang mendapat ribuan tanda suka itu dihujani pelbagai pujian daripada pengikutnya. Malah, ada juga yang turut memuji Che Ta kerana masih pandai menjaga bentu badan meskipun umurnya kini semakin senja.

“Tu Dia Eloknya Body Depa” - Macam Anak Dara, Bentuk Badan Che Ta Jadi Idaman Para Wanita “Tu Dia Eloknya Body Depa” - Macam Anak Dara, Bentuk Badan Che Ta Jadi Idaman Para Wanita

Tidak kurang juga ada yang berharap agar Che Ta mendedahkan tips menurunkan berat badan dan juga petua kecantikan yang diamalkannya dalam mengharungi rutin kehidupan.

Sekadar informasi, Che Ta telah sah menjadi isteri kepada pelakon Zain saidin yang juga 12 tahun lebih muda daripada usianya pada 11 Disember 2013. Melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan puteri yang diberi nama, Aaisyah Dhia Rana.

“Tu Dia Eloknya Body Depa” - Macam Anak Dara, Bentuk Badan Che Ta Jadi Idaman Para Wanita

Namun begitu, dalam perkahwinan terdahulu, Che Ta juga mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...