“Tu Cara Saya Tunjuk Aset Selain Duit”- DS Vida Bersuara Isu ‘Tepuk Punggung’

Hiburan

“Tu Cara Saya Tunjuk Aset Selain Duit”- DS Vida Bersuara Isu ‘Tepuk Punggung’

Kecoh di media sosial sejak beberapa hari ini apabila aksi menepuk punggung oleh beberapa usahawan kosmetik sensasi negara iaitu Liana KM dan Datuk Seri Vida telah mencetuskan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen.

Berikutan itu, DS Vida yang dihubungi Kosmo Online tampil memberi sedikit komen mengenai isu tersebut buat peminatnya di luar sana.

Advertisement

Kata DS Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, dia bertindak demikian kerana mempunyai pilihan untuk menayang ‘aset’ meskipun usianya semakin lanjut.

Itu cara saya tayang kekayaan aset selain duit. Mempunyai punggung yang cantik sebenarnya aset juga.

Terpulang orang punya penerimaan tapi kita walaupun sudah berumur tak bermakna tak boleh tayang aset kita, lagi pun itu video kita bergurau dengan rakan rakan kita yang rapat.

Meskipun dikritik hebat oleh netizen, DS Vida menafikan bahawa dia seorang yang jahil agama kerana ia hanyalah gurauan bersama sahabat perniagaannya.

Dia juga meminta netizen di luar sana untuk tidak selalu melihat sesuatu perkara dari sudut negatif dan hanya tahu mengecam sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Ada orang beri nasihat, saya terima dan kita belajar sama-sama kesilapan yang telah terjadi.

Terdahulu, anak kepada aktres Normah Damanhuri, Liana Rosli dikecam hebat kerana memuat naik video menampak punggung di Instagram di mana terdapat beberapa orang lagi selebriti dalam hantaran tersebut iaitu Ifa Raziah, Cheta Pot Pet dan juga DS Vida.

2 years ago

"Sebab Tu Penghuni Neraka Banyak Wanita" - Netizen Kecam Kak KM Main Tepuk, Goyang Punggung Di Khalayak Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...