Tidak ‘melatah’ dengan isu rumah tangga, Farid Kamil tenang harungi ujian yang kini sedang dilalui apabila isteri, Diana Danielle sekali lagi memfailkan cerai terhadapnya.
Berlaku perselisihan faham sangat kecil
Farid sekadar menyifatkat kemelut rumah tangga yang berlaku ini hanyalah perselisihan faham yang sangat kecil.
Bahkan, aktor itu merasakan salah faham ini merupakan asam garam dalam perkahwinan dan perkara biasa dilalui oleh pasangan suami isteri lain.
View this post on Instagram
Tapi saya ambil perkara ini sebagai perkara yang positif. Biasalah, Tsunami pun dua kali berlaku, inikan ombak cinta dalam perkahwinan.
Sedia beri komitmen proses bercerai
Enggan membesarkan isu, Farid mengambil positif keputusan Diana untuk memfailkan cerai terhadapnya, malah sedia memberi komitmen sepenuhnya terhadap proses yang bakal dihadapi kelak.
Sekadar info, beberapa hari lalu Diana Danielle membuat ramai terkejut selepas memuat naik hantaran di Instagram memaklumkan dirinya akan memfailkan cerai untuk kali kedua terhadap Farid Kamil.