Memetik Kosmo Online, kes permohonan nusyuz yang dipohon bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan terhadap isterinya, Elly Afizahwati Abdul Jalil bakal berlangsung pada 24 Mei ini.
Mahkamah Rendah Syariah menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak peguam Elly untuk melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan dan penyerahan dokumen terbabit kepada plaintif (TS Musa).
Perkara itu juga disahkan peguam Elly iaitu Datuk Hazizah Kassim di mana pihak mereka akan mengikuti sahaja perjalanan kes tersebut.
Kita juga akan mengemukakan tuntutan balas ke atas pihak belah sana. Kita ikut sahaja perjalanan kes ini nanti. Untuk tarikh akan datang ini, kita akan serahkan dokumen dan melengkapkan apa yang patut.
Sementara itu, TS Musa yang turut hadir berkata sejak isu tersebut dibawa ke mahkamah, dia tidak lagi berkomunikasi dengan isterinya itu.
View this post on Instagram
Tiada apa pun setakat ini, tidak bercakap pun. Kita ikut sahajalah prosedur mahkamah.
TS Musa sebelum ini telah memfailkan nusyuz terhadap isterinya atas alasan wanita itu ingkar dan tidak taat.
Manakala Elly pernah membuat kenyataan untuk menuntut cerai ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 30 Mac lalu atas alasan shiqaq.
Dia dan TS Musa telah mendirikan rumah tangga pada 2 Ogos 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki.