Penantin 7 tahun yang berbaloi, begitulah ungkapan sesuai yang boleh diberikan kepada pemain drum kumpulan Caliph Buskers, Fendy apabila dia akhirnya telah menerima kunci rumah Projek Peurmahan Rakyat (PPR) Taman Mulia, Bandar Tun Razak pada Isnin lalu.
Bukan itu sahaja, Fendy meluahkan rasa syukur apabila bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa telah sudi membayarkan sewa rumah yang bakal didudukinya bersama anak, Nur Azalea Zafirah,6, selama setahun.
View this post on Instagram
Dia yang dihubungi sebuah media menzahirkan perasaan itu dan memaklumkan bahawa dia hanya perlu membayar sewa bulanan sebanyak RM124 selepas tempoh setahun.
Ujar Fendy lagi, dia sudah melihat rumah berkenaan pada Isnin lalu sebaik sahaja mendapat kunci.
Kunci dah dapat, saya pun sudah pergi tengok. Saya perlu perbaiki manaa yang rosak dulu la. Mungkin akan ambil masa sebab sekarang masih dalam fasa satu Pelan Pemulihan Negara, tak boleh nak pindah terus. Saya pindah barang-barang kecil sahaja dulu.
Tambahnya lagi, dia akan menggunakan sebaik-baiknya wang sumbangan orang ramai untuk memperbaiki kerosakan rumah baru dan beli kelengkapan rumah.
View this post on Instagram
Terdahulu, Fendy meluahkan hasrat untuk mendapatkan rumah PPR milik DBKL setelah tujuh tahun memohon kerana tidak mampu membayar sewa rumah kediaman sekarang iaitu sebanyak RM1,300 berikutan pendapatan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.