Trump Ugut Nak Hapuskan Tamadun Manusia, Rakyat Iran Tak Gentar Menantikan Perang Nuklear

Dunia

Trump Ugut Nak Hapuskan Tamadun Manusia, Rakyat Iran Tak Gentar Menantikan Perang Nuklear

Sikap berani rakyat Iran mencuri perhatian dunia apabila mereka dilihat kekal tenang meskipun negara mereka berdepan ancaman ketenteraan.

Menerusi satu hantaran di Threads, suasana di Bushehr  lokasi penting yang menempatkan loji tenaga nuklear utama Iran  dilaporkan berada dalam keadaan terkawal tanpa sebarang tanda panik dalam kalangan penduduk.

Advertisement

Beberapa video yang tular turut memaparkan orang ramai masih berada di jalanan, menunjukkan solidariti dan ketenangan walaupun kawasan tersebut dikatakan berisiko menjadi sasaran serangan.

Situasi ini berlaku susulan amaran keras daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang sebelum ini memberi tekanan kepada Iran untuk mematuhi tuntutan tertentu.

Trump dilaporkan pernah menyatakan bahawa tentera AS berupaya menyerang infrastruktur penting seperti jambatan, loji janakuasa dan kemudahan awam lain sehingga negara itu “kembali ke zaman batu” sekiranya tuntutan tidak dipenuhi.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya kagum dengan ketabahan rakyat Iran.

@bbcnews

Some authorities in Iran are encouraging Iranians to form “human chains” around power plants to deter threatened attacks from the United States. US President Donald Trump has labelled the reported use of human shields as “totally illegal”. #Iran #USNews #IranWar #BBCNews

? original sound – BBC News – BBC News

“Dorang sepakat, tu yang membawa muafakat & berkat. Tapi sememangnya salute keberanian rakyat Iran,” kata seorang pengguna, Zafry.

Seorang lagi pengguna media sosial, turut menyatakan sokongan:

“Iran, kamu telah menunjukkan kepada dunia bahawa kamu adalah sebuah negara yang dibina secara berbeza. Kekal kuat, dan semoga Allah sentiasa melindungi Iran dan rakyatnya. Malaysia berdiri bersamamu.”

Dalam keadaan ketegangan yang masih belum reda, sikap tenang dan bersatu yang ditunjukkan rakyat Iran dilihat sebagai simbol kekuatan moral ketika berdepan tekanan antarabangsa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

presiden iran
2026-04-07 10:25:29

"Kami, Republik Islam Tidak Pernah..." - Kerajaan Iran Ada Pesanan Buat Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...