Trump Tambah Tarif Hingga 104%, China Ikrar ‘Tak Akan Duduk Diam’

Berita

Trump Tambah Tarif Hingga 104%, China Ikrar ‘Tak Akan Duduk Diam’

Presiden AS Donald Trump menaikkan tarif ke atas semua barangan import dari China kepada 104% berkuat kuasa Rabu, selepas Beijing enggan menarik balik rancangannya untuk mengenakan tarif balas ke atas barangan AS.

Kenaikan ini melebihi jangkaan asal iaitu 34%, apabila Trump menambah 50% lagi pada saat akhir. Tambahan itu diumumkan Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt, yang menyifatkan tindakan China sebagai “kesilapan besar”.

Advertisement

trump china increase tariff

Kementerian Perdagangan China menyatakan mereka “tegas menentang” tindakan itu dan berikrar akan meningkatkan tindakan balas.

Pasaran saham AS menunjukkan reaksi negatif dengan ketiga-tiga indeks utama – Dow Jones, Nasdaq dan S&P 500 – menjunam ke zon merah selepas pengumuman tarif.

Trump sebelum ini mengenakan tarif awal 10% pada Februari atas alasan penglibatan China dalam isu imigresen haram dan penyeludupan fentanyl. Kini, tarif purata terhadap China dijangka meningkat hampir 125%.

Langkah ini turut memberi kesan kepada puluhan negara lain termasuk Kesatuan Eropah, yang dijangka menghadapi tarif baharu antara 11 hingga 50 peratus. Walaupun beberapa negara sedang berunding, Trump tidak bercadang untuk menangguhkan pelaksanaan.

Leavitt berkata, Trump kekal tegas dan hanya akan mempertimbangkan perjanjian perdagangan yang “mengikut kesesuaian”, tanpa sebarang garis masa ditetapkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 days ago

Belum Diklasifikasi Sebagai Kes Jenayah, Tiada Keperluan Dedah Identiti Kontraktor - KP Selangor

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...