Trump Beri Hamas Tempoh Hingga Ahad Untuk Terima Pelan Masa Depan G*** – “Jika Tak Setuju, Malapateka Akan Menimpa Hamas”

Berita

Trump Beri Hamas Tempoh Hingga Ahad Untuk Terima Pelan Masa Depan G*** – “Jika Tak Setuju, Malapateka Akan Menimpa Hamas”

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberikan kumpulan pejuang Hamas tempoh sehingga Ahad ini untuk menerima pelan masa depan Gaza yang dirangka olehnya.

Menerusi hantaran di Truth Social semalam, Trump berkata tempoh diberikan agar perjanjian dapat dicapai dan adalah peluang terakhir yang diberikan kepada kumpulan berkenaan.

Advertisement

Perjanjian mesti dicapai dengan Hamas sebelum Ahad malam jam 6 petang waktu Washington. Semua negara sudah bersetuju! Jika perjanjian peluang terakhir ini tidak dipersetujui, malapetaka yang belum pernah dilihat akan menimpa Hamas.

Donald Trump

Sebelum ini, presiden itu telah memberikan Hamas tiga hingga ke empat hari untuk kumpulan tersebut meneliti dokumen 20 perkara yang antaranya menuntut kumpulan itu meletakkan senjata.

Terdahulu, syarat yang diberikan itu telah ditolak Hamas dan menurut sumber terdekat, kumpulan terbabit kini sedang meneliti cadangan diberikan Trump.

Pelan Trump turut merangkumi gencatan senjata segera, pertukaran semua tebusan yang ditahan Hamas dengan tahanan Palestin di penjara Israel, pengunduran berperingkat tentera Israel dari Gaza, pelucutan senjata Hamas serta pembentukan kerajaan peralihan diketuai badan antarabangsa.

rakyat maut ketika rusuhan, Prabowo salahkan perusuh
2025-09-02 17:21:17

"Polis Mungkin Salah Tetapi Kalau Ada Korban, Perusuh Sebenarnya Adalah Punca" - Prabowo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...