Kalau kita lihat di media sosial hari ini, penuh dengan posting menunjukkan rakyat berganding bahu membantu mereka yang terjejas akibat banjir.
Ramai yang turun padang menghulurkan bantuan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa di kawasan yang dinaiki air terutamanya kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik.
Bukan hanya dari Lembah Klang tetapi sebenarnya ramai sukarelawan yang sanggup datang dari negeri lain terutamanya mereka yang memiliki kereta pacuan empat roda atau bot.
Seperti lelaki yang dipanggil abang Azwan ini di mana dia dikatakan telah datang dari Melaka membawa bot untuk membantu mangsa banjir di Shah Alam, Puchong dan kawasan sekitarnya.
Menerusi satu posting di Twitter yang viral, dia dilihat berdiri di depan sebuah kereta Perodua Viva dan di atasnya terdapat bot yang digunakan untuk misi menyelamat.
Lepas settle keluarkan berpuluh mangsa, beliau nyalakan sebatang rokok lalu beliau sambung lagi kerja menyelamat. Truly legend!”
Abang Azwan ni datang dari Melaka bawak bot dia turun bagi bantuan dekat Shah Alam pagi tadi lepastu dia turun backup Puchong, and sekarang dia nak ke Sri Muda pulak untuk bantu mangsa disana.#unsunghero #rakyatjagarakyat pic.twitter.com/S2G54WA6CH
— Cheng ? (@KulupKudin) December 19, 2021
Ramai netizen di thread Twitter itu mahu menghubungi serta memberikan sumbangan wang ringgit kepada abang Azwan untuk digunakan membayar minyak kereta atau apa yang diperlukan.
Bagaimanapun, abang Azwan berkata dia tidak mahu menerima sumbangan kerana niatnya membantu ikhlas. Namun jika ada yang mahu menderma, katanya dia akan salurkan kepada mangsa banjir.
For those yang nak tolong abg Azwan ?? pic.twitter.com/mT9HB8lnu8
— hasrulhashim (@hasrulhashim) December 19, 2021
Baca: Sedar Keadaan Semasa Masih Belum Reda, Selebriti Ini Guna Media Sosial Bantu Mangsa Banjir