Berita tentang kematian Chester Bennington akibat bunuh diri membuatkan peminat Linkin Park diseluruh dunia bersedih kerana hilangya seorang artis yang cukup berbakat dan menghasilkan karya yang berkualiti.
Walaubagaimanapun, ada juga pihak yang membuat jenaka disebalik kematian Chester dengan memuat naik “meme” troll Fattah Amin menggantikan Chester sebagai vokalis Linkin Park. Lawak tersebut mengundang kemarahan peminat setia Linkin Park.
Mereka menyifatkan pihak terbabit yang membuat lawak tersebut tidak sensitif kerana kematian Chester yang telah dianggap sebagai lagenda muzik.
Chester Bennington , 41, ditemui mati dalam keadaan tergantung di kediamannya di Palos Verdes Estates di Los Angeles County pada hari Khamis lepas. Mendiang sudah bertahun lamanya berjuang dengan dirinya untuk mengatasi masalah ketagihan alkohol dan penyalahgunaan dadah, Chester sebelum ini pernah bercakap tentang keinginannya untuk membunuh diri akibat masa silamnya yang sering menjadi mangsa dera sewakta kanak-kanak.