#TriviaNara – Tragis! Lelaki Tertanam Sedalam 13 Tingkat Dihempap Konkrit Menara UMNO

trivianara

#TriviaNara – Tragis! Lelaki Tertanam Sedalam 13 Tingkat Dihempap Konkrit Menara UMNO

Tanggal 13 Jun 2013 telah menyaksikan insiden tragis di mana seorang lelaki telah dihempap konkrit sebuah menara ketika memandu di bawahnya.

Dalam tragedi itu, mangsa bernama Lim Chin Aik, 44 sedang memandu untuk mengambil anaknya dari sekolah ketika kejadian tersebut berlaku.

Advertisement

Ribut kuat pada hari kejadian telah menyebabkan menara di atas serpihan bumbung bangunan UMNO setinggi 21 tingkat di Jalan Macalister itu jatuh di atas jalan raya dan menghempap beberapa buah kenderaan.

Pada awalnya, siasatan mendapati seorang pemandu lori maut manakala beberapa orang cedera namun dua hari kemudian, seorang kontraktor datang untuk menyelenggara CCTV yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik mendapati bahawa terdapat seorang lagi mangsa akibat kejadian itu.

menara UMNOSumber : Facebook  
Menara UMNOSumber : Facebook  

Ketika itu saya telah melihat sekali lagi rakaman CCTV secara ‘slow’ dan saya dapati konkrit terjatuh di atas sebuah kereta dan bukannya gangguan imej seperti yang disangka.

Difahamkan, kereta bersama mendiang Lim Chin Aik telah tertimbus sedalam 13 tingkat ataupun sekitar 40 meter di dalam tanah. Kerja-kerja menyelamat dihentikan selepas 4 hari kerana bimbang akan merosakkan persekitaran.

Mangsa dilaporkan dibiarkan berikutan kerja menggali tidak dapat dilakukan kerana terlalu dalam.

Omayra Sanchez
1 year ago

#TriviaNara - Kisah Omayra Sanchez, Anak Gadis Yang Dibiarkan Mati Dalam Runtuhan Bangunan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...