#TriviaNara – Niat Nak Beli Klip Rambut Tak Kesampaian, Nurin Jazlin Diculik & Dibunuh Kejam

trivianara

#TriviaNara – Niat Nak Beli Klip Rambut Tak Kesampaian, Nurin Jazlin Diculik & Dibunuh Kejam

Kisah pembunuhan kejam yang menimpa kanak-kanak berusia 8 tahun iaitu Nurin Jazlin Jazimin pada tahun 2007 sentiasa menjadi ingatan rakyat Malaysia sejak 15 tahun lalu.

Mana tidaknya, ketika itu rata-rata ibu bapa takut dengan kehadiran ‘Van Putih’ yang dikaitkan dengan kes penculikan adik Nurin.

Advertisement

Bahkan, penulis sendiri sering dinasihati oleh ibu bapa agar menjauhkan diri dari mana-mana Van berwarna putih ketika di zaman kanak-kanak.

nurin

Kehilangan

Detik hitam bermula pada tanggal 20 Ogos 2007 apabila Nurin memutuskan untuk pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya seorang diri untuk membeli sepit rambut pada pukul 6 petang.

Bagaimanapun, Nurin dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berkenaan di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini, kira-kira pukul 8 malam.

Kali terakhir dia dilihat oleh sepupunya yang juga merupakan saksi kes berkenaan dan memaklumkan Nurin telah ditarik masuk ke dalam sebuah van putih.

Gambar Hiasan

Pembunuhan

Misteri kehilangan Nurin akhirnya terjawab apabila sebuah beg gimnasium ditemui di hadapan sebuah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya mengandungi mayatnya yang tidak berbaju pada 17 September 2007.

Pihak polis percaya bahawa kanak-kanak itu telah meninggal dunia lebih dari 6 jam sebelum mayatnya ditemui.

Hasil bedah siasatan mendapati Nurin telah menjadi mangsa deraan seks apabila pelaku bertindak memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan kanak-kanak itu sehingga mengakibatkan rektumnya pecah dan dijangkiti bakteria yang akhirnya menjadi punca kematian.

Bukan itu sahaja, fizikal kanak-kanak itu turut ditemui dengan keadaan ‘kurus kering’ dan mempunyai pelbagai kesan lebam pada badan termasuk patah beberapa tulang sehingga ibu bapanya tidak dapat mengenali Nurin semasa membuat pengecaman pertama kali.

Ada juga yang mendakwa bahawa kanak-kanak itu mungkin adalah warga asing kerana tidak mempunyai parut dari suntikan vaksin BCG yang wajib untuk kanak-kanak warga Malaysia.

Malah, ibu bapa Nurin terus berharap bahawa anak perempuan mereka masih hidup dan segera ditemukan, namun hasil ujian DNA mengesahkan mayat kanak-kanak berkenaan ialah Nurin.

Kes Masih Dibuka

Sebelum ini, pihak polis mengeluarkan dua rakaman video yang diambil oleh kamera litar tertutup memaparkan seorang penunggang motosikal yang meninggalkan beg sukan mengandungi mayat Nurin.

Bagaimanapun, rakaman itu gagal mendedahkan wajah penunggang motor mahu pun nombor plat motosikal tersebut.

Sehingga kini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menutup kertas siasatan kes pembunuhan kejam Nurin walaupun sudah hampir 15 tahun berlalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata usaha mencari petunjuk baharu bagi kes berkenaan masih lagi diteruskan.

Memetik laporan Berita Harian, buat masa ini tiada pemadanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) suspek ditemui bagi kes berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kes sosilawati lawiya
1 year ago

#TriviaNara - Niat Nak Bincang Urusan Pembelian Tanah, Siapa Sangka Sosilawati Lawiya Dikerat Sebelum Dibakar Jadi Abu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...