Trip Paling Berbaloi, Ini Antara Aktiviti Menarik Anda Boleh Buat Di Taiwan!

Travel

Trip Paling Berbaloi, Ini Antara Aktiviti Menarik Anda Boleh Buat Di Taiwan!

Bila sebut melancong di Asia, rata-rata antara kita pasti akan terfikir negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Vietnam, Korea Selatan, dan Jepun sebab ia mempunyai pelbagai tempat tarikan menarik betul tak?

Percaya ataupun tidak, sebenarnya Taiwan juga mempunyai pelbagai tempat dan aktiviti menarik boleh dilakukan tau!

Advertisement

Nak tahu apakah antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Taiwan? Jom kami kongsikan!

Nikmati Kemanisan Buah Segar Dari Ladang Di Xinshe

Antara aktiviti menarik yang anda boleh buat setibanya di bumi Taiwan adalah menikmati pengalaman memetik dan merasai kemanisan buah anggur di Shinfong Farm, Xinshe, Taichung.

Menariknya, bukan saja ada buah anggur, malah terdapat juga buah-buahan lain seperti buah pic, limau mandarin dan oren, bergantung kepada musim yang anda kunjungi dan lagi best, anda berpeluang untuk berkelah sekali! Serius best!

Pemandangan Indah, Boleh Feeling-Feeling Dalam Video Musik

Dah alang-alang anda berada di Xinshe, jangan lupa lawati Gaomei Wetlands, sebuah tempat pemuliharaan ekologi di Taiwan yang merupakan salah satu tumpuan pelancong dan penduduk tempatan untuk beriadah di kawasan pantai “Coastline Twin Stars”.

Kalau anda suka kawasan pantai yang tenang, siap ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, feeling seolah-olah seperti dalam video musik, Gaomei Wetlands adalah tempat yang tepat!

Berdekatan dengan Gaomei Wetlands terdapat Gaomei Lighthouse, satu-satunya rumah api di Taiwan dengan jalur mendatar merah putih, dan berdekatan kawasan tersebut mempunyai beberapa kedai yang menghidangkan manisan dan air segar untuk anda.

Segar Dari Laut, Tangkap Sendiri & Nikmati Kesegaran Tiram

Bila dah sampai Taiwan, pastikan Taichung ada dalam senarai jelajah anda sebab ada macam-macam aktiviti menarik boleh buat, antaranya seperti tangkap tiram di Wanggong Oyster Cart Ecotour yang terletak di Changhua.

Anda wajib buat tau aktiviti ini sebab bukan saja dapat mengalami pengalaman baru serta dapat menikmati keindahan alam semula jadi, malah anda juga berpeluang untuk rasai sendiri nikmatnya tiram yang segar. Serius sedap!

Amati Sejarah & Seni Bina Kuno Di Lukang Old Street

Lepas dah puas menikmati kesegaran tiram, jangan lupa singgah ke Lukang Old Street, Changhua dan amati keindahan kawasan pemuliharaan warisan pertama di Taiwan, yang mempamerkan seni bina komersil dan kediaman yang telah berdiri selama berabad-abad.

Menariknya, di sini terdapat banyak rumah-rumah yang mengekalkan konsep kuno dan rumah jalan dalam tau. Dah sampai sini, jangan lupa untuk cuba pakaian tradisional dan naik beca untuk berjalan-jalan di Lukang Old Street okay?

Menara Taipei 101 & Ximending Shopping District Wajib Singgah

Dah sampai dekat Taiwan, rugi sangat kalau anda tak datang ke Taipei dan nikmati keindahan panorama bandar tersebut menerusi dek balai cerap di menara pencakar langit, Taipei 101!

Bangunan pencakar langit setinggi 508 meter ini bukan saja menyajikan pemandangan bandar Taipei, malah anda juga dapat lihat pemandangan hijau bukit-bukau di sekitar bandar tersebut. Serius best!

Memandangkan anda dah berada di bandar Taipei ni, anda wajib singgah Ximending Shopping District, tempat paling meriah untuk membeli belah dan penuh dengan macam-macam benda seperti cenderahati, snek dan pakaian yang sangat trendy.

Paling penting, bila dah sampai Ximending Shopping District ni, anda wajib cuba tak lain tak bukan boba milk tea! Saranan kami, anda wajib cuba Xing Fu Tang dan Milksha. Memang puas hati, memang sedap sampaikan orang tempatan pun beratur tau!

Jalan-Jalan Di Xinbeitou & Alami Keunikan Batu Queen’s Head

Setibanya di Taipei, kami sarankan anda untuk cuba menaiki pengangkutan awam MRT ke Stesen New Beitou, iaitu stesen terakhir yang masih berdiri teguh setelah berabad-abad tinggal di Laluan Tamsui dan di Taipei City, untuk lawati kawasan menarik di sana.

Antara tempat menarik yang anda berkesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan Xinbeitou adalah Taipei Public Library (Beitou Branch), Beitou Hot Spring Museum dan Xingchuan Pavilion Hand Bath melalui Thermal Valley.

Bagi kami, anda tak patut lepaskan peluang untuk ke Xingchuan Pavilion Hand Bath sebab ia adalah salah satu daya tarikan Beitou terkenal dengan mata air panasnya yang menawarkan pengalaman unik dengan penggunaan “Green Sulphur Springs” yang terkenal di Beitou.

Akhir sekali, tempat terakhir yang anda wajib pergi apabila melancong ke bumi Taiwan adalah jelajah ke Yehliu Geopark. Kami yakin anda akan terpukau dengan pemandangan pantai yang tenang serta keunikan batu ‘Queen’s Head’ yang menjadi simbol Yehliu Geopark.

Bukan itu saja, sepanjang perjalanan sebelum tiba di batu ‘Queen’s Head’, anda akan disajikan dengan pemandangan dan batu-batu unik lain yang terdapat di situ. Psst, warga tempatan pun ramai yang datang ke sini tau, jadi memang tak dinafikan ia adalah salah satu hotspot Taiwan!

Sejujurnya, banyak lagi tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati dan pelbagai aktiviti anda boleh buat setibanya di bumi Taiwan.

Paling penting, Taiwan menduduki tangga ketiga dalam Global Muslim Travel Index (GMTI) 2023 baru-baru ini dan di setiap lokasi yang kami berhenti dan hotel yang kami menginap, terdapat pelbagai kemudahan untuk umat Islam seperti surau, sejadah, kiblat dan makanan halal.

Jadi, anda tunggu apa lagi, jom lah pelan bersama kawan-kawan dan keluarga yang kaki travel untuk melancong dan rasai sendiri pengalaman melancong di bumi Taiwan! Salam Taiwan guys!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...