Berikutan dengan pengumuman Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba tentang tempoh kuarantin hanya 3 hari untuk menteri balik bertugas dari luar negara, kemarahan rakyat dilihat bertambah lagi.
Kemarahan ini dapat dilihat apabila hashtag #AdhamBabaLetakJawatan menjadi trending di Twitter kerana rata-rata menyifatkan keputusan yang diumumkan itu adalah double standard dan rakyat bimbang wujudnya kluster menteri.
Hasil pemerhatian kami setakat ini sebanyak 21,400 telah menggunakan hashtag ini.
Apapun, peraturan ini akan berkuat kuasa mulai hari ini 9 Februari hingga 1 Ogos 2021. Semoga pihak kerajaan dapat mempertimbangkan peraturan yang dikenakan kepada rakyat kerana kami semakin tertekan.