China Global TV Network (CGTN) telah menamakan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai antara doktor terbaik di dunia dalam menangani krisis pandemik COVID-19. Di dalam laporan oleh CGTN itu, beliau disenaraikan sebagai antara tiga doktor terulung di peringkat global dalam perang menentang wabak ini.
Pengiktirafan diberikan oleh stesen televisyen China itu turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand. Ketiga-tiga individu penting ini menerima pujian masyarakat di negara masing-masing kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai.
Mereka juga dilihat berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing sejak hari pertama wabak ini melanda. Menurut CGTN, mereka bukan menteri Kabinet, namun berjaya muncul sebagai ‘wajah’ negara masing-masing dalam memerangi wabak COVID-19, sehinggakan ada yang menggelar mereka sebagai ‘hero negara’.
Menurut CGTN, di tengah pandemik global yang tidak pernah dialami sebelum ini, ketika kerajaan di serata dunia kadang kala lambat bertindak atau memperkenalkan langkah yang mengelirukan serta menghantar mesej bercelaru, Dr Fauci, Dr Bloomfield dan Dr Hisham menjadi suara yang bermakna, menenangkan dan meyakinkan rakyat.
Trending di Twitter
Susulan laporan dikeluarkan CGTN ini, rata-rata masyarakat Malaysia bersetuju dengan pengiktirafan yang diberikan. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilihat sentiasa sabar membantu rakyat Malaysia menangani pandemik ini setiap hari sejak daripada hari pertama lagi.
Beliau dilihat sangat tenang dan profesional di dalam sidang media yang dilakukan setiap hari bagi memberikan perkembangan terkini mengenai COVID-19 di Malaysia. Sikap tenang yang ditunjukkan beliau setiap hari dilihat sebagai salah satu faktor kepercayaan rakyat kepadanya.
Congratulations to Datuk Dr Noor Hisham! Proud of you! pic.twitter.com/hYABoMpY93
— Choo Yin Tan (@ChooYinTan3) April 15, 2020
Dr Noor Hisham,
The trusted person, hard working, low-key image and many more to describe.. pic.twitter.com/uE6XpnE8HW
— Diamond (@aaameeeliiiaaa) April 16, 2020
Dr. Noor Hisham doing a wonderful job?
CGTN named Noor Hisham as one of d top doctors?
Can be Premier?
He does not frighten public
He speaks earnestly in a cool way gives daily statistics & differentiate facts from fakes, answer questions in a rational & reassuring way ?— Robert Chan (@RobertC31069960) April 16, 2020
Tahniah diucapkan kepada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Diharapkan pengiktirafan yang diberikan ini dapat memberikan semangat kepada barisan hadapan negara untuk sama-sama berjuang menangani penularan wabak COVID-19 di Malaysia.