Baru-baru ini, tular mengenai video memaparkan pelakon Aedy Ashraf sedang mengukur ataupun ‘fitting’ di sebuah butik terkenal sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa dia akan mendirikan rumah tangga bersama rakan artis, pelakon Amelia Henderson dalam masa terdekat.
Tampil membuat penjelasan, Amelia memaklumkan bahawa dia agak terkejut apabila ada berita melaporkan bahawa mereka berdua akan bernikah tidak lama sahaja lagi.
Ujar Amelia, dia berasa terhibur dengan netizen dan menafikan berita tersebut kerana sedang sibuk melakukan penggambaran pada ketika ini.
Saya kadang-kadang rasa terhibur dengan netizen. Apabila saya baca ada yang kata saya bakal kahwin dengan Aedy, saya macam ‘eh aku tengah shooting sekarang’.
Saya terkejut masa baca, berita itu pula ibu saya yang bagi. Kemudian saya hantar pada Aedy dan dia pun sama terkejut.
Jelasnya lagi, dia kini selesa berkawan dengan Aedy dan menyifatkan aktor itu sebagai seorang yang memahami.
@aedyxashraff ukur lilit session with @ruzainijamil
? Superhero (Heroes & Villains) – Instrumental – Metro Boomin
Kata pelakon jelita itu lagi, mengenai status hubungannya dengan Aedy, dia akan memaklumkan kepada peminat jika ada berita gembira yang ingin dikongsikan.
Kalau ada apa-apa ingin diumumkan tentang hubungan kami, saya akan umumkan. Bukan netizen yang umumkan.
Saya tidak mahu jawab apa status hubungan kami, kerana ia adalah sangat privasi untuk saya dan Aedy sendiri. Selagi tiada apa yang kami umum, saya sendiri tak tahu macam mana nak jawab.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.