‘Trend’ Tutup Mata, Mulut & Telinga Guna Wang Kertas Tular, Netizen Thailand Tuntut Keadilan Kes Zara Qairina!

Kehidupan

‘Trend’ Tutup Mata, Mulut & Telinga Guna Wang Kertas Tular, Netizen Thailand Tuntut Keadilan Kes Zara Qairina!

Trend baharu yang sedang tular di Thailand kini menjadi perhatian ramai apabila netizen di negara itu bangkit menuntut keadilan untuk kematian arwah Zara Qairina yang disyaki berpunca kerana dibuli di kawasan sekolah.

trend di thailand zara qairina

Advertisement

Difahamkan, rata-rata mereka mempercayai bahawa pihak berkuasa atau individu yang bertanggungjawab menyiasat kes ini telah ‘dibayar’ untuk menutup kebenaran.

Sebagai tanda protes, netizen memuat naik video di TikTok dengan aksi menutup mata, mulut dan telinga menggunakan wang kertas.

Jangan biarkan wang menutup kebenaran – netizen Thailand di ruangan kapsyen.

trend di thailand zara qairina

Menariknya, trend ini turut disertai oleh beberapa jenama milik komuniti Muslim di Thailand, termasuk jenama pakaian, produk penjagaan kulit dan banyak lagi.

Ada yang menggunakan mata wang Baht Thailand, manakala ada juga yang menggunakan Ringgit Malaysia sebagai simbol protes.

terkini kes zara qairina
2025-08-13 17:00:06

Kes Zara Qairina: JSJ Dedah Berlaku Ketidakpatuhan Dalam Siasatan - "Kita Kesan Ibu Mangsa Setuju Bedah Siasat Tak Dibuat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : WOB

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...