“Trend Sampah!” – Tular Trend Terkini Di TikTok, Takutkan Budak Kecil Dengan Audio Pontianak Mengilai

Trending

“Trend Sampah!” – Tular Trend Terkini Di TikTok, Takutkan Budak Kecil Dengan Audio Pontianak Mengilai

Jika di aplikasi TikTok pasti ada saja trend yang menjadi ikutan ramai netizen namun sudah tentu akan wujudnya trend yang mendapat kritikan ramai.

Seperti satu trend terbaru di aplikasi itu yang meraih perhatian ramai terutamanya golongan ibu bapa kerana membabitkan trauma kanak-kanak.

Advertisement

Menerusi aplikasi TikTok ketika ini sedang tular video menggunakan audio suara pontianak mengilai dan menjadi ikutan ramai dengan merakamkannya untuk menakutkan budak kecil.

Video itu akan dimulakan dengan orang dewasa mahu merakamkan video namun apabila butang ‘play’ ditekan mereka akan lari dan menutup pintu, meninggalkan kanak-kanak di dalamnya.

Suara pontianak mengilai ketika itu akan keluar dan membuatkan kanak-kanak yang berada di dalam bilik menjerit dan menangis ketakutan.

Menerusi TikTok, trend itu menerima reaksi berbeza di mana ada kelompok yang berasa kelakar melihat kanak-kanak ketakutan.

Namun, ada yang tidak berkenan dan mengkritik trend sebegitu kerana akan menimbulkan perasaan trauma terhadap mereka.

Seperti seorang lelaki ini yang meluahkan pendapatnya di Twitter di mana dia akui bersimpati dengan kanak-kanak yang menjadi mangsa trend tersebut.

Kesian budak-budak yang mungkin trauma kerana dijadikan mangsa dalam trend sampah ni.”

Jelasnya lagi, apa yang lebih menyedihkan adalah apabila majoriti netizen di bahagian komen berasa terhibur dengan video sebegitu.

Ramai netizen bersetuju dengan pendapat lelaki ini dan turut berasa geram terhadap orang dewasa yang tergamak membuat begitu demi mengikuti trend terkini.

“(Jenis) mak bapak yang patut tak ada anak. Ada anak (pun) nak dijadikan prank”, kata seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Janji Ikut Trend, Peduli Apa Anak Sakit" - Menangis Sampai Tak Keluar Suara, Netizen Marah Ibu Tindik Telinga Anak Umur 2 Bulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...