Trend Pengantin Perempuan Islam Pakai Gaun Mencolok Mata Bercanggah Dengan Agama – Mufti

Fesyen

Trend Pengantin Perempuan Islam Pakai Gaun Mencolok Mata Bercanggah Dengan Agama – Mufti

Trend memakai pakaian mencolok mata oleh pengantin perempuan beragama Islam bercanggah dengan ajaran agama Islam dan merupakan budaya jahiliah serta mungkar.

Itu ulasan Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata ketika ditanya tentang trend wanita muslimah berpakaian seksi dan tidak menutup aurat ketika majlis akad nikah.

Advertisement

Seperti yang diketahui oleh majoriti masyarakat Islam, hukum menutup aurat adalah wajib di dalam Islam.Bagi lelaki ketika berada di hadapan khalayak ialah antara pusan dan lutut. Bagi wanita Islam pula diwajibkan menutup seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan ketika kehadiran lelaki ajnabi atau bukan mahram.”

mufti pulau pinang

Wan Salim memberi ulasan tersebut apabila ditanya tentang trend wanita muslimah berpakaian seksi dan tidak menutup aurat ketika majlis akad nikah.

Baru-baru ini, tular seorang pelakon wanita popular dan pempengaruh terkenal di mana kedua-dua mereka memakai gaun yang terdedah di bahagian dada pada majlis akad nikah mereka.

Dalam pada itu, Wan Salim turut menambah wanita beragama Islam yang berada dalam kalangan sesama wanita hanya diwajibkan menutup antara pusat dan lututnya namun ia tidak boleh terlalu ketat atau nipis hingga menampakkan kulit.

tyra
8 months ago

"Yang Tak Baik Kita Tolak Tepi.." - Busana Nikah Mencolok Mata, Tyra Kamaruzzaman Tak Cepat Melatah Bila Ditegur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...