Trend Makanan Viral Terlalu Manis, Doktor Risau Makin Ramai Anak Muda Sakit Kronik – “Umur 20 Tahun Diabetes Tahap 2”

Gaya Hidup

Trend Makanan Viral Terlalu Manis, Doktor Risau Makin Ramai Anak Muda Sakit Kronik – “Umur 20 Tahun Diabetes Tahap 2”

Trend makanan manis yang tular di negara kita ini seperti cromboloni dan kek tapak kuda semakin dahsyat sehinggakan ramai yang sanggup berpusu-pusu beratur panjang demi untuk tidak ketinggalan untuk mencubanya.

Namun, trend ini sebenarnya sangat membimbangkan dan ramai doktor sudah menyebarkan kesedaran menerusi media sosial tentang bahayanya makanan manis berlebihan.

Advertisement

cromboloni

 

Makin ramai orang muda ada sakit kronik

Seorang doktor wanita baru-baru ini meluahkan kerisauannya tentang hal tersebut dan turut mendedahkan bahawa semakin ramai anak muda yang ditimpa penyakit kronik.

Katanya, klinik kini dibanjiri orang muda yang bukan sahaja ada sakit kronik tetapi juga masalah obesiti malah pernah ada individu muda yang datang dalam keadaan strok.

Pesakit kronik yang datang ke kita (doktor), makin muda. Saya ada pesakit umur 20 tahun, diabetes tahap 2. Obesiti, perlukan insulin, dah kahwin sukar dapat anak. Bukan seorang, tapi ramai. Umur 35 tahun, strok.

kek tapak kuda

 

Makin ramai ada masalah kesuburan

Menerusi video di TikTok tersebut juga, doktor bernama Irma Izzati itu turut berkata makin ramai rakyat Malaysia yang mempunyai masalah kesuburan.

Irma turut berharap agar golongan content creator, influencer malah peniaga makanan manis juga untuk menerima apa yang disampaikan olehnya itu daripada sudut yang positif.

 Afterall, Islam pun tekankan kesederhanaan dalam semua benda. (Trend) ini dah dah semakin tak terkawal dan saya risau.

@drirmaizzatiRisau… Semakin muda dan muda yang membanjiri klinik sekarang ni dengan sakit2 kronik & obesiti….♬ original sound – dr irma 🍉

Suka dessert fitnah
11 months ago

Difitnah Guna Coklat Murah, 'Owner' Suka Dessert Jawab Tuduhan - "Saya Akan Tunjuk Invoice, Tengok Harga Berapa"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...