Trend Majlis Kahwin Secara ‘Drive-Thru’ Dijangka Bakal Menjadi Ikutan Ramai

Trending

Trend Majlis Kahwin Secara ‘Drive-Thru’ Dijangka Bakal Menjadi Ikutan Ramai

Pastinya ramai bakal pengantin yang menarik nafas lega apabila kerajaan telah membenarkan kenduri kahwin untuk dijalankan dengan SOP yang ditetapkan. Antara garis panduan yang perlu diikuti adalah tetamu jemputan hanya terhad kepada 250 jemputan sahaja dan majlis hanya boleh dijalankan tidak melebihi tiga jam.

Majlis perkahwinan secara ‘drive thru’ dijangka akan mendapat sambutan ramai memandangkan garis panduan yang dilakukan juga lebih mudah dan mengurangkan sebarang risiko. Kemeriahan sepasang pengantin di Johor ini menyambut majlis perkahwinan secara ‘drive thru’ ini juga mendapat perhatian ramai.

Advertisement

Satu minit diberikan kepada tetamu

Ini merupakan majlis perkahwinan pertama yang berkonsepkan ‘drive thru’ di Malaysia yang bermula sejak pandemik COVID-19. Mengekalkan SOP mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia. Majlis perkahwinan mempelai Norazura Mohd Ali dan Aguzz Aguss yang diadakan di Kulai ini meriah disambut oleh tetamu yang hadir.

majlis kahwin

majlis kahwin

SOP kehadiran tetamu majlis:

  • Kenderaan beratur menuju ke kanopi pelamin.
  • Pemeriksaan suhu badan oleh anggota RELA.
  • Catat nama beserta nombor telefon.
  • Masukkan sumbangan ke dalam tabung “Salam Keruk” yang disediakan.
  • Jumpa pengantin yang sedang menunggu di pelamin dan memberi salam, ucap tahniah serta penyerahan hadiah tanpa perlu keluar dari kenderaan dan bersentuhan.
  • 1 kenderaan hanya 1 minit sahaja masa yang diberikan.

Maklumat tetamu jemputan yang hadir akan dicatatkan sebagai langkah keselamatan. Walaupun dilakukan secara ‘drive thru’, tetamu masih lagi diberikan peluang untuk berjumpa dengan pengantin tanpa perlu keluar daripada kenderaan. Masa yang diperuntukkan juga hanya lah satu minit untuk setiap kenderaan.

Makanan bungkus

majlis kahwin

majlis kahwin

majlis kahwin

Sebelum beredar, tetamu akan diberikan makanan yang sudah sedia dibungkus untuk dibawa peluang. Kemeriahan majlis masih lagi terasa walaupun tetamu hanya berada di dalam kenderaan sahaja. Pastinya ramai yang akan mula mempertimbangkan untuk melakukan majlis perkahwinan secara ‘drive thru’ memandangkan ianya lebih selamat dan mudah.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...