Sedia maklum, trend ubah atau sunting gambar kepada versi kartun kini menjadi satu perkara yang popular di media sosial.
Ramai yang mengambil peluang mengubah gambar mereka kepada versi kartun mengikut pilihan masing-masing menerusi satu aplikasi ini.
Walau bagaimanapun, timbul pula satu persoalan mengenai hukum mengubah gambar sebegini dalam Islam.
Susulan itu, pendakwah bebas terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil menjelaskan hukumnya.
Menurut UAI, hukum menyunting gambar kepada bentuk kartun bergantung kepada niat dan hasil akhirnya.
Apa hukum mengubah gambar manusia menjadi kartun? Ada ustaz dari luar negara kata hukumnya haram, betul ke? – soalan yang diajukan kepadanya.
Dia menyatakan kenyataan di atas ada benarnya namun selagi suntingan yang dibuat itu tidak mengurangkan darjah kebesaran Allah SWT dan tidak menjatuhkan maruah seseorang, maka hukumnya adalah harus.
Ada betulnya juga cuma pandangan saya andai kata perkara itu tidak mengurangkan darjah kebesaran-Nya, tidak menjatuhkan maruah orang bahkan menyukakan manusia kepada akhirat, hukumnya adalah harus.
@ceramah.ustaz33 Apakah hukum mengubah gambar manusia menjadi kartun.Ada ustaz dari luar negara mengatakan haram.. dengar pencerahan dari semoga bermanfaat 🙌 #ustazazharidrus #uaioriginal #pandanganulama #halalharam #editgambar #teknologi #ai #semogabermanfaat #ceramah #trendzamansekarang #trendingviral #mediasosial #foryoupage #fypage #fyppp ♬ Islam – Lafina
Namun, jika gambar itu diubah sehingga boleh menghina orang lain dan menjadikan mereka bahan gurauan atau ejekan, maka ia boleh jatuh kepada haram.
Tetapi jika menghina orang lain, menurunkan martabat orang yang sepatutnya kita muliakan hukumnya dilarang menurut syarak.
Bahkan bukan sahaja watak ulama, gambar-gambar anak beranak kalau kita buat ke arah menghina, haram. Kalau kita buat jadi mulia, tak berani nak kata haram.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.