Pemakaian sopan dan elegan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sentiasa menarik perhatian mereka yang melihatnya. Baginda yang selesa mengenakan busana baju kurung di mana-mana acara mencetuskan minat berbaju kurung dalam kalangan rakyat Malaysia.
Baginda yang melihat contoh dari pemakaian bonda dan nenda nya yang sering berbaju kurung turut mempengaruhinya dalam berfesyen. Bukan sahaja nampak kemas tetapi juga pemakaian baju kurung lebih sopan untuk digayakan.
Menerusi temu bual bersama Berita Harian baru-baru ini, baginda berkata busana baju kurung selesa untuk digayakan setiap hari termasuk ketika membeli-belah ataupun melawat kampung. Untuk acara rasmi, baginda selesa menggayakan baju kurung tenun Pahang Diraja.




“Haritu jalan pusing KL dengan housemates, saja-saja plan pakai baju kurung, tiba kat masjid negara ramai tourist nak ambil gambar. Ni antara gambar kami dengan keluarga dari mexico.”

Twitter @sheqqahshy