Trend Bagi Nombor Akaun Bank Untuk Dapat Duit Raya Boleh Mudahkan Kerja ‘Scammer’ Curi Maklumat

Trending

Trend Bagi Nombor Akaun Bank Untuk Dapat Duit Raya Boleh Mudahkan Kerja ‘Scammer’ Curi Maklumat

Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini sememangnya unik dan lain daripada yang lain. Rakyat Malaysia kini merayakan sambutan perayaan ini dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana aktiviti ziarah raya adalah lebih terhad daripada biasa.

Oleh itu, ramai yang cenderung untuk memberikan duit raya mereka melalui sistem atas talian saja memandangkan tidak boleh berjumpa saudara mara yang jauh. Jika anda perasan, trend bagi duit raya ‘online’ ini juga rancak dilakukan di media sosial.

Advertisement

Kongsi nombor akaun

online banking

Menerusi perkongsian di Twitter, Aisyah Shakirah berkongsikan aktiviti ini boleh mengundang padah kepada mereka di luar sana. Ianya juga boleh memudahkan kerja ‘scammer’ di luar sana untuk mencuri maklumat peribadi anda berdasarkan nombor akaun bank yang dikongsikan.

Menurutnya, ianya mungkin nampak tidak membahayakan memandangkan ramai yang turut serta melakukan perkara yang sama. Tetapi anda meletakkan diri menjadi risiko penipuan, terutamanya melalui ‘phishing’ dan lebih memburukkan jika anda juga berkongsi maklumat nombor telefon dan alamat email.

“Mereka kemudian dapat menyamar sebagai anda, dan juga mungkin mendapatkan akses ke akaun bank anda, termasuk melalui perbankan internet.”

Menyusahkan diri kelak

Jika anda menjadi mangsa di dalam penipuan ini, ianya mungkin sukar untuk anda menang di dalam kes ini memandangkan anda sendiri yang berkongsikan maklumat peribadi ini. Setiap inci maklumat yang dikongsikan di media sosial boleh dijadikan sumber untuk ‘scammer’ menjadikan anda sebagai mangsa mereka.

“Saya faham bahawa menyedihkan bahawa ramai daripada kita tidak dapat kumpul duit raya seperti biasa pada musim ini kerana COVID-19, tetapi sebenarnya tidak berbaloi untuk mendapatkan beberapa ringgit dengan kos keselamatan/ keselamatan dalam talian anda.”

Dia turut mengingatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan agar tidak berkongsikan sebarang maklumat peribadi di media sosial. Tanpa sedar, anda mungkin di dalam pemerhatian ‘scammer’ yang menunggu masa untuk menjadikan anda, mangsa mereka seterusnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...