Travelmate ; Beg Bagasi Yang Mampu Bergerak Sendiri Bagi Mengurangkan Beban Si Pemilik

Teknologi

Travelmate ; Beg Bagasi Yang Mampu Bergerak Sendiri Bagi Mengurangkan Beban Si Pemilik

Pada 4 Disember lepas, Travelmate Robotics, sebuah syarikat pembuat robot di Amerika Syarikat, telah memperkenalkan sebuah produk beg bagasi di mana beg itu mampu mengikut si pemilik ke mana jua secara automatik dan diberi nama “Travelmate”.

Advertisement

Dengan menggunakan aplikasi melalui telefon pintar yang disambungkan dengan menggunakan bluetooth, beg ini akan mengikut sisi si pemilik dengan rapat dan mengelak sebarang halangan yang ada sepanjang perjalanan tersebut.

Tujuan utama adalah tidak lain dan tidak bukan untuk mengurangkan beban si pemilik untuk mengangkat atau menarik bagasi yang berat.

Beg ini mampu untuk bergerak dengan sendiri di dalam keadaan menegak mahupun dibaringkan. Ianya juga mampu bergerak pada kelajuan maksima 9km/sejam dan digunakan secara berterusan selama 4 jam.

Pengesahan bagi berat muatan di dalam beg serta fungsi untuk membuka dan mengunci beg itu dapat dilakukan melalui telefon pintar. Sistem GPS yang ada pada beg tersebut juga dapat memudahkan pemilik bagi mengesan akan kedudukan beg jika hilang.

Beg ini boleh didapati di dalam 3 jenis size iaitu S, M dan L. Size S dilaporkan size beg yang boleh di bawa masuk ke dalam kabin kapal terbang. Harga jualannya pula adalah USD1099 bagi size S, USD1295 bagi size M dan USD1495 bagi size L.

Pembelian dapat dilakukan di laman web Travelmate Robotics sendiri dan penghantarannya adalah percuma.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...