Kalau korang ada terfikir untuk travel secara bersendirian atau solo, jangan tangguhkan niat korang tu. Ianya akan menjadi pengalaman terhebat di dalam hidup.
Biasalah pasti ada suka duka dan cabaran bila travel secara bersendirian ni. tetapi poin utama di sini ialah selagi masih muda dan belum berkahwin, ini lah peluang anda untuk melihat keindahan dunia tanpa terikat dengan sesiapa. Ini 5 sebab mengapa anda kena melancong seorang diri pada usia 20-an.
1. BELAJAR BANYAK PERKARA
Melancong seorang berbeza dengan melancong bersama keluarga dan kawan-kawan anda. Melancong seorang akan membuatkan anda tahu apa yang anda suka dan apa yang tidak tanpa mendengar suara orang lain.
2. ADA BANYAK MASA
Ya, usia 20-an merupakan usia yang ideal untuk anda pergi melancong. Mesti anda terfikir bila masa nak belajar, mencari kerja dan sebagainya? Ya. Anda sebenarnya ada masa. Percayalah. Selepas usia 20-an, anda akan disibukkan dengan hal-hal keluarga dan kerja. Maka, ambil kesempatan di usia 20 an anda.
3. TENAGA MASIH KUAT
Bayangkan, usia 60 anda melakukan bungee jump? Mesti tak dapat bukan. Maka, usia 20 an anda merupakan masa di mana anda bertenaga dan mampu melakukan semua aktiviti yang anda mahu. Di samping itu, dengan melancong berseorangan, anda tidak akan terikat dengan aktiviti yang anda tidak mahu lakukan.
4. KELUAR DARI ZON SELESA
Ya, keluar dari zon selesa anda. Cuba untuk berubah dan beradaptasi dengan situasi yang baru.
5. PULANG MENJADI LEBIH BAIK
Percayalah, selepas anda pulang dari melancong, anda akan dapat sesuatu yang akan menjadikan anda lebih baik dan terdapat satu perasaan tu, yang susah untuk diungkapkan. Anda melanconglah secara solo, dan anda akan tahu.